**post ni agak panjang dan merapu. heh~ tah pape aku cite ntah
bayangkan kesengsaraan membuat ia folio math
walaupun seminggu sudah bertungkus lumus mencari petanda
dan di saat akhir sebelum pulang ke kolej disangkekan sudah selesai segalanya
poom! satu tamparan hebat berlaku
conjecture soalan parabola D bersamaan sifar rupanya hanyalah satu penipuan
bak kate orang barat “fucking decoy”
namun kami berempat tidak mahu mengalah
walaupun salah seorang dari mereka hamper berputus asa
katenye mahu beralih kepada soalan polygon
namun semangat kental kami berempat harus dipuji
beberapa jam lagi sebelum deadline
sejarah telah dicipta apabila hampir kesemua pelajar tahun 2 tidak melelapkan mata kerana bertungkus lumus menyiapkan ia math
di saat-saat akhir juga akhirnya konjecture D = 0 telah pun mendapat penyelesaiannya
dan perkara biasa yang sering berlaku antara kami berempat
“wey aku dapat da doe camne nak wat”
“pergh.b*b*. da dapat senyap-senyap. SIMPAN SORANG sial~”
kerana ini juga lah hubungan akrab empat sahabat hampir dimusnahkan
hanya kerana ia math
hanya kerana telah mendapat penyelesaian tapi lambat bagitau orang laen
dan hanya kerana “SIMPAN SORANG sial”
Barangkali di saat akhir hampir kesemuanya tewas di medan stay up
semuanya hanye mampu melafazkan doa agar ia math ditangguh deadline kepada satu hari
namun mungkin juga doa turut dilafazkan oleh para-para alim kmb
maka deadline bukan ditangguh sehari tapi seminggu
bayangkan semula kesengsaraan ia math sebentar tadi
yang bertambah lagi sengsara mendapati usaha mereka hanya lah sia-sia
“kalau tahu camni.baik aku tidor je cuti seminggu.masok kmb baru wat”
itu lah kata-kata pelajar KMB yang tidak puas hati cuti mereka dirakus dengan tugas ia math
khabar angin juga mendapati sejarah mungkin berulang untuk subjek-subjek yang lain
antaranya nye deadline extended essay
deadline ia econ,business, dan it
dan juga ketika IOC sudah bermula.
sebagai pelajar KMB. kami hanya mampu bersedia sahaja untuk menempuhi saat ini
beralih pula ke cerita lain
memang sudah menjadi impian di hati untuk melanjutkan pelajaran di luar negara
jika ditanya ke mana, tidak asing lagi UNited Kingdom menjadi pilihan setiap pelajar
jika ditanya kenapa, maka bagi peminat bola semestinya pengalaman menonton EPL live menjadi penantian
atau bagi mereka yang lain kerana sudah tidak asing lagi UK terkenal dengan keindahannya
namun pada hari rabu yang lepas pada waktu tengah hari
koyak. hampir kesemuanya koyak. terutama yang membuat UK menjadi pilihan pertama mereka
Dilihat pada senarai nama. rasa hairan timbul mana kertas lagi satu senarai nama?
rupanya tiada kesilapan di situ, namun kouta pelajar ke UK telahdikurangkan hampir 50%
impian yang disimpan di hati sejak kecil lagi, pergi ke sekolah menengah, kemudian ke mrsm, kemudian ke KMB
berkecai dalam sekelip mata. Bila ditanya. hanya satu perkataan mampu dilafazkan
KOYAK~
sememangnya aku sendiri merasa koyak
tipu kalau kate aku tak koyak. tapi apekan daya
nasih hanya berserah kepada pilihan kedua negara iaitu ireland
dan Alhamdulillah
IRELAND – IUMC
no## – AMMAR FAIZ BIN OTHMAN
syukur ALhamdulillah.
Filed under: Uncategorized
Hu2…
ak paling tension dorg org br sampai kmb mlm 2
pastu mnx software nk bwat ia math
pdhal esok kne antar.. pastu pagi 2 da siap
tension siot
btw,iumc ok kowt..